Posts

Pantai teluk bidara dungun Terengganu

Image
Pantai teluk bidara dungun ini merupakan pantai yang unik kerana bentuk muka buminya yang berbatu dan mempunyai sebuah gua yang pendek. Di sebalik gua tersebut terdapatnya pelbagai jenis batu-batuan yang cantik dan mempunyai lubang air diatasnya yang menjadi tempat tinggal bagi anak anak ikan dan ketam. Kawasan ini juga merupakan tempat yang agak bagus untuk memancing pelbagai jenis ikan seperti ebek dan sebagainya. Umpan yang biasa digunakan untuk memancing di pantai ialah umpun-umpun udang dan sebagainya tetapi ianya lebih mujarab jika kita menggunakan udang hidup sebagai umpan kerana ia amat digemari oleh kebanyakan ikan di sini. Pantai teluk bidara  ini juga merupakan tempat yang amat sesuai untuk aktiviti fotografi kerana permandangannya yang cukup indah seperti gambar yang saya tangkap menggunakan telefon saya di atas. Tempat ini juga amat seauai untuk bersantai dan berkelah bersama keluarga kita kerana permandangannya yang amat menenangkan jiwa dan boleh mengurangkan teka...